Monday, 20 May 2013

MA'RUFAT


MA'RUFAT

Syari'at membahagikan Ma'rufat kepada tiga bahagian;

1. Fardhu 'ain wajib (perkara-perkara yang diperintahkan kita melakukannya, jika dilaksanakan mendapat pahala dan berdosa jika ditinggalkan - penterjemah).

2. Sunat dan Matlub (perbuatan atau 'amalan yang digalakkan kita melakukannya dengan diberi pahala bila dilaksanakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan - penterjemah).

3. Mubah (perkara yang tidak diberi pahala bila dikerjakan dan tiada berdosa jika ditinggalkan - penterjemah).

Ma'rufat yang pertama (Fardu), adalah wajib dilaksanakan oleh sesuatu masyarakat Islam dan Syari'at telah memberikan arahan-arahan dan peraturan yang sangat jelas. Bagi Ma'rufat yang kedua pula (Sunat) Syar'at menganjurkan dan inginkan agar masyarakat umat Muslimin mengambil tahu dan melaksanakannya. Beberapa bahagian daripadanya secara jelas dituntut kita melaksanakannya manakala sebahagian yang lain adalah dianjurkan secara isyarat dan kesimpulan dari Hadith-Hadith Rasulullah SaLlaLlahu 'alaihi Wasallam sendiri.

Selain dari yang disebutkan terdapat peraturan-peraturan yang khusus dibuat untuk pertumbuhan dan penggalakkan kepada beberapa amalan dalam kehidupan yang telah ditetapkan oleh Syari'at. Yang lain-lainnya memang telah dianjurkan oleh Syari'at dengan menyerahkan kepada masyarakat atau anggota-anggotanya yang berilmu dan berwibawa untuk menjaga perkembangan atau peningkatannya.

Sekarang sampailah kita kepada Ma'rufat dalam kategori Mubah. Secara tegas dapatlah dikatakan bahawa menurut Syari'ah setiap sesuatu yang tidak dinyatakan laranganNya adalah dibolehkan (Mubah). Adalah tidak perlu satu pernyataan keizinan wujud untuknya atau dengan tegas ia harus diserahkan kepada pilihan kita. Lantaran itu Ma'rufat yang Mubah ini sangatlah luas, keluasannya menggenapi berbagai perkara terkecuali perkara-perkara yang khusus telah dilarang oleh Syari'at. Semua perkara (kecuali yang termasuk dalam kategori yang lain) adalah Mubah bagi umat Islam. Dan inilah sesungguhnya suasana dan lapangan di mana kita berikan kebebasan dan mengatur kehidupan dengan peraturan-peraturan untuk menyesuaikan keperluan masa dan keadaan agar senantiasa bersesuaian dengan roh Syari'at Islamlyyah.

No comments:

Post a Comment