BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2
kali ni sy nak kongsikan beberapa pengalaman beberapa hari join sebagai fasilitator PBMS untuk menjadi pembimbing kepada adik2 yang menjalani kem bestari smart solat di beberapa buah masjid di selangor baru-baru ini...
pertama pada 27-28 mei 2013 pada hari (selasa dan rabu)
pada masa itu kem smart solat berlangsung di masjid....... sungai burung, kuala selangor,
alhamdulillah sy dan tiga orang sahabat bertolak selepas subuh kesana dengan selamat. setiba di sana kami disambut baik oleh nazir dan timbalan nazir masjid tersebut... peserta yang hadir pada kem tersebut seramai 141 orang berumur 7-17 tahun. seramai 75 peserta lelaki dan 66 peserta perempuan.. manakala fasi ada 10 orang.. 6 dari perempuan dan 4 lelaki...
seronok sebab dapat menziarahi sahabat2 baru dalam jemaah di masjid tersebut.. dan lebih seronok dapat mengenali adik-adik dan berkongsi ilmu kepada mereka selama 2 hari satu malam.. walaupn tidak cukup namun ada banyak perkongsian ilmu dapat di salurkan kepada adik2.. dari segi solat.. wuduk dan tayamum dan banyak lagi ilmu-ilmu Allah.
dalam tempoh dua hari itu ada pelbagai aktiviti telah dijalankan.. dalam masa yang sama setelah tamat setiap slot atau aktiviti.. fasi akan membuat ujian dalam bentuk soalan kuis dan bertulis yang perlu di jawab oleh peserta... bermula dari jam kul 8 pagi hingga 4.30 petang hari esoknya ada lima slot( LATIHAN DALAM KUMPULAN) yang berjaya di selesaikan.
kesemua peserta di agihkan mengikut umur dan jantina dan membentuk satu kumpulan.. kesemua ada 10 kumpulan 4 kumpulan dari peserta lelaki dan 6 dari peserta perempuan.. dan setiap kumpulan pula lebih kurang 18 dan 19 orang setiap satu kumpulan bagi lelaki dan perempuan 8-10 orang dalam satu kumpualan..
dalam tempoh dua hari itu mejoriti peserta berjaya dan memahami maklumat yang telah fasi cuba sampaikan... namun ada segelintir peserta yang kurang baik dalam penerimaannya.. secara keseluruhannya adalah 98% peserta memahami matlamat kem smart solat yang telah di sampaikan oleh fasi kepada peserta kem smart solat...
insya Allah ada sambungan kisah ini..
tunggu..taw
No comments:
Post a Comment