PERTAMA:
KONSEP HIDUP ISLAM
Ciri utama
dari Din Al-Islam ialah ia tidak membenarkan sesuatu pertentangan, juga
pemisahan yang ketara antara kehidupan kerohanian dan kehidupan dunia. Islam
tidak sekadar membataskan dirinya untuk membina ketinggian kerohanian dan akhlaq
semata-mata. Ruang lingkup peraturan yang dikemukakannya mencakupi segenap
bidang kehidupan insan. la hendak melahirkan bukan sahaja ketertiban hidup diri
perseorangan malah ketertiban hidup masyarakat manusia seluruhnya ke dalam
pola-pola yang sihat dan bersih sehingga Kerajaan Allah dibangunkan dalam bentuk
kenyataan di atas muka ini. Dengan demikian keamanan, kebahagiaan dan kemakmuran
akan memenuhi segenap pelusuk muka bumi dan saujana samudera.
Cara hidup Islam didasarkan atas satu
pendekatan yang unik kemas serta mantap dan ia merupakan konsep istimewa tentang
kedudukan insan dalam alam semesta ini. Itulah sebabnya mengapa perlunya kita
memahami terlebih dahulu Tasawwur lslami (konsepsi hidup menurut ajaran Islam)
sebelum kita menangani atau membincangkan persoalan ini, masyarakat, politik dan
ekonomi dari kacamata Islam.
No comments:
Post a Comment