Makna
perkataan “Selawat”
- Perkataan selawat (bahasa Arab: الصلوات ) diambil
dari perkataan solat (bahasa Arab: الصلاة ),doa, pujian].
- Telah berkata Al-Bukhariy: Telah
berkata Abu `Aliyah:
- Salawat Allahsubhanahu
wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
- Dan salawatmalaikat ialah doa.
- Dan salawat orangmu’min ialahmemohon
rahmatdaripada Allah ke atas Nabi Muhammad
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan
berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman
bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
[Al-Ahzab: 56]
Lafaz
Selawat
Terdapat
pelbagai lafaz selawat sama ada ucapan selawat yang asal dari Hadith Sahih atau
ucapan selawat yang dinukil oleh para alim ulama’.
Dari
hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma
salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan
kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Dari
hadith: [An-Nasa'iy/ 1288, sahih], [An-Nasa'iy/ 1290, sahih], [Ibnu Hibban/
1957, sahih]
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ
حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Allahumma
salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa’ali
ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad,
kama barakta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid
Ya Allah,
berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau
telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau
Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga
Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga
Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.
Dari
hadith: [Ibnu Hibban/ 1959, isnadnya sahih]
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى
مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى
إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Allahumma
salli `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama sallayta
`ala ibrahima wa `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi
wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka
hamidun majid
Ya Allah
berilah shalawat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan
keluarga Ibrahim. Dan berilah berkat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan
keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.
No comments:
Post a Comment