Di saat kaum Nuh melakukan tipu daya
untuk membinasakan Nabi Nuh as maka Allah membinasakan mereka semua iaitu
dengan mengeluarkan daripada bumi air yang sangat panas dan mencurahkan dari
langit air yang sangat sejuk dan mendatangkan angin taufan yang sangat dahsyat
di keliling mereka, saat itu binasalah musuh-musuh Nabi Nuh dan selamatlah Nabi
Nuh berserta pengikut-pengikutnya yang beriman.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Maka Kami selamatkan Nuh dan
orang-orang yang bersertanya di dalam kapal yang penuh muatan.”
(Asy-Syu’ara’: 119)
(Asy-Syu’ara’: 119)
Kaum Nuh ingin mengeluarkan Nabi Nuh
as. daripada tengah-tengah mereka. Kemudian Allah SWT melakukan tipu daya
terhadap mereka. Dan Allah mengeluarkan daripada langit air yang sangat sejuk
dan memancarkan air daripada bumi dengan air yang sangat panas.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Maka Kami bukakan pintu-pintu
langit dengan menurunkan air yang mencurah-curah. Dan Kami jadikan bumi
memancar mata air-mata air maka bertemulah air-air itu satu urusan yang sungguh
telah ditetapkan.”
(Al-Qamar: 11-12)
(Al-Qamar: 11-12)
Ketika masa azab yang telah
ditentukan oleh Allah SWT itu hampir tiba, Allah mengutus Malaikat Jibril as
untuk menemui Nabi Nuh as mengajarkan kepada beliau cara-cara menukang kayu,
dan Jibril mengatakan bahawa Allah menyuruh Nabi Nuh membuat sebuah kapal.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan buatlah bahtera itu dengan
pengawasan dan petunjuk wahyu Kami.”
(Hud: 37)
(Hud: 37)
Kemudian Nabi Nuh berkata:
“Bagaimana cara membuat kapal tersebut? Jibril menjawab: “Potonglah 124000
keping papan, dan pada tiap-tiap keping papan itu tertulis nama Nabi.” Nabi Nuh
menjawab: “Sesungguhnya saya tidak mengetahui seluruh nama-nama Nabi tersebut?
Allah berfirman: “Wahai Nuh, tugas memotong papan itu adalah tugasmu, sedangkan
menyatakan nama-nama nabi itu, Akulah yang akan melakukannya.”
Kemudian Nabi Nuh pun memotong
kepingan papan yang pertama, maka kelihatan nama Nabi Adam as. Pada kepingan
yang kedua nampak nama Syaits as. Pada kepingan papan yang ketiga nampak nama
Idris as. Pada kepingan papan yang keempat nama Nuh as. Demikianlah seterusnya,
setiap kali Nabi Nuh selesai memotong papan tersebut maka nampaklah nama
seorang Nabi pada papan itu. Yang paling akhirnya adalah Nabi Muhammad SAW,
sebagai penutup nabi-nabi, penghias orang orang suci dan penyuluh para wali.
Setelah itu Allah memerintahkan Nabi
Nuh as untuk menyiapkan paku-pakunya. Pada setiap paku tercantum nama salah
seorang Nabi. Setelah Nabi Nuh as menyiapkan paku, lalu beliau menyatukan
kepingan-kepingan papan tersebut dan memakunya. Orang-orang kafir yang melihat
pekerjaan Nabi Nuh itu mengejek dan menghinanya. Hal ini dinyatakan Allah SWT
dalam firmanNya yang bermaksud:
“Dan mulailah Nuh membuat bahtera.
Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya.
Berkatlah Nuh: “Jika engkau mengejek kami, maka sesungguhnya kami pun
mengejekmu sebagaimana kamu sekalina mengejek (kami).”
(Hud: 38)
(Hud: 38)
Itulah sebagai peringatan yang
diberikan oleh Allah, kerana ketika Allah nampakkan nama-nama kekasih-Nya pada
kepingan papan itu, maka Allah selamatkan papan itu dan penumpangnya daripada
badai dan taufan. Dan ketika Allah menampakkan pada hati orang-orang beriman
kecintaan kepada Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, maka Allah selamatkan
pula mereka daripada seksaan api Neraka.
Dalam sebuah kisah diceritakan,
bahawa ada yang bertanya kepada Abdullah bin Abbas ra. “Ajarilah kami ilmu yang
dapat menyelamatkan kami daripada api neraka dan dapat memasukkan kami ke dalam
Syurga?”
Ibnu Abbas menjawab: “Hendaklah kamu
semua melakukan lima belas perkara. laitu lima dengan lisan, lima dengan
anggota badan dan lima dengan hatimu.
Lima dengan lisan itu adalah
mengucap kalimah:
- Subhanallah
- Alhamdulillah
- La ilahaillallah
- Allahuakhbar
- Lahaulawala quwata illa billahil ‘aliil adzhim
Lima dengan anggota badan iaitu
solat lima waktu:
- Isyak.
- Subuh.
- Zohor.
- Asar.
- Maghrib.
Lima dengan hati iaitu mencintai
lima orang yang dicintai Allah SWT Rasulullah dan sahabat yang empat.
- Nabi Muhammad SAW
- Abu Bakar Siddiq.
- Umar bin Khattab.
- Usman bin Affan.
- Ali bin Abi Thalib.
No comments:
Post a Comment