Jibril a.s menggoncang tugu kaum nabi
Saleh
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih
berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya
(dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah
apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu
kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun
yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada
sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
(Ar-R'ad 13:11)
Kaum Saleh telah dibinasakan Allah dengan suara
jeritan Jibril as. Peristiwa ini terjadi pada hari Rabu. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya
kami menimpakan atas mereka suatu suara yang keras mengguntut; maka jadilah
mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang mempunyai
kandang binatang." (Al- Qomar: 31) Dikisahkan bahawa pada suatu
hari Nabi Saleh menyampaikan berita bahawa pada masa itu akan lahir di
tengah-tengah mereka seseorang yang menjadi penyebab kehancuran kaum itu. Maka
para pemuka kaum itu mengadakan mesyuarat untuk membahas masalah tersebut. Akhirnya
mereka memutuskan, harus memisahkan diri daripada isteri masing-masing, jika
ada yang hamil dan melahirkan anak lelaki maka harus dibunuh. Keputusan mereka
itu dijalankan. salah seorang dari kaum mereka melahirkan seorang anak lelaki,
namun mereka tidak sampai hati untuk membunuhnya. Disebabkan keluarga tersebut
belum pernah mempunyai anak, anak itu bemarna Qodaron. Sebanyak sembilan kaum
telah membunuh anak lelaki mereka yang lahir. Namun ketika mereka melihat
Qodaron telah menjadi seorang pemuda, mereka merasa menyesal kerana telah
membunuh anak-anak mereka dahulunya. Kemudian mereka berunding untuk membunuh
Nabi Saleh as.
Mereka berkata: "Sebaiknya kita pergi keluar
kota dahulu, kemudian kita pulang dengan secara sembunyi, pada saat itu Nabi
Saleh kita bunuh. Lalu kita bersumpah dengan nama Allah dengan kerabatnya
bahawa kita tidak membunuhnya dan kita tidak tahu sama sekali tentang
pembunuhan itu." Ketika itu umur Qodaron lima belas tahun. Di saat mereka
sedang minum arak, mereka juga memerlukan air, sedangkan pada hari itu
merupakan giliran unta untuk mendapatkan air, mereka sudah puas mencari air di
tempat yang lain, namun tidak mereka temui. Kemudian Qodaron berkata:
"Menurut pendapatku, lebih baik kita bunuh sahaja unta Saleh, sebab kita
dalam kesukaran air." Kemudian mereka pun keluar dengan membawa sebilah
pedang, mereka bersembunyi di rumput-rumput di bawah kaki gunung. Pada saat
giliran unta Saleh ingin minum air, maka dengan segera Qodaron membunuh unta
tersebut. Kemudian mereka juga berusaha membunuh anak unta Nabi Saleh, maka
anak unta itu pun berlari ke arah gunung, maka dengan kuasa Allah gunung itu
terbelah, dan masuklah anak unta itu ke dalamnya.
Ketika Nabi Saleh as mengetahui peristiwa
pembunuhan terhadap unta mukjizatnya itu, maka ia berkata kepada kaumnya:
"Anda semua boleh duduk di rumah selama tiga hari, setelah itu akan datang
seksaan kepada anda. Tandatandanya adalah, pada hari pertama muka-muka kamu
semua menjadi merah, pada hari kedua menjadi kuning, pada hari ketiga menjadi
hitam legam." Di saat mereka melihat tanda-tanda seperti yang diucapkan
oleh Nabi Saleh itu betul, mereka pun berkata: "Mari kita bunuh Nabi Saleh
seperti kita membunuh untanya." Mereka kemudiannya menuju ke tempat
tinggal Nabi Saleh. Peristiwa itu terjadi pada hari Rabu. Kemudian Jibril as
datang sambil memegang tugu-tugu kota itu lalu digoncangnya dengan
sekeras-kerasnya. Akhirnya dia menjerit dengan sekuat-kuatnya sehingga mereka
semua mati pada saat itu juga.
Begitu gambaran betapa bahayanya minuman keras yang
memabukkan ini. Kerana sebab terbunuhnya unta mukjizat Nabi Saleh disebabkan
minuman keras. Fitnah Harut dan Maarut juga kerana minuman keras. Sebab
terbunuhnya Nabi Yahya kerana minuman keras. Kaum Nabi Nuh mengganggu Nabi Nuh
kerana minuman keras. Pembunuhan terhadap Usman ra juga disebabkan minuman
keras. Pembunuhan terhadap Sayyidina Husin juga kerana minuman keras
No comments:
Post a Comment