KEMUDHARATAN KUFUR DAN KESAN-KESAN JAHATNYA
Kufur itu adalah jahil
bahkan jahil yang hakiki itu
adalah kufur. Ertinya:
Kejahilan manakah yang lebih besar dan lebih hina daripada kejahilan orang yang
tidak mengenal Tuhannya? Ia menyaksikan penciptaan alam yang besar ini,
berkenalan dalam pekerjaannya, siang malam tetapi ia tidak mengenal siapa yang
menciptakannya dan yang memerintah kepadanya untuk bergerak terus menerus.
Siapakah yang telah menumpuk batubara, hidrogen, oksigan, sodium dan kalsium,
dan bendabenda lainnya yang tidak mempunyai hidup dan akal? Dan siapakah yang
mengeluarkan daripada alam ini benda besar dan mustahak seperti manusia? Atau,
tidakkah ia merasa ajaib ketika menyaksikan beragam-ragam benda di setiap
pelusok alam ini? Semua itu dengan sendirinya menunjukkan hajat kepada
pertukangan dan pengindahan rupabentuknya, yang mempunyai kemahiran satu-satunya
yang tiada saingannya dalam ke juruteraan, keahlian, ilmu kimia dan ilmuilmu
lainnya. Meskipun demikian akalnya tidak menunjukinya kepada pengenalan akan
Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui yang telah menukangi dan
menyusunnya.
Fikirlah sedikit: Adakah
mungkin terbuka pintu ilmu yang benar pada diri orang seperti ini orang yang
telah sesat dan sejak pangkal pengetahuannya lagi? Orang seperti ini, meskipun
telah sampai kepadanya pemikiran dan penelitian, dan telah menambah pembahasan
dan penyelidikan, tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus dan benar
yang menyampaikannya kepada ilmu yang benar di dalam sesuatu bidang kehidupan,
kerana ia menghadapi kegelapan ke sejak permulaan. Demikian seterusnya, ia tidak
menghadapi yang lain melainkan kegelapan kejahatan sampai kepada
akhirnya.
Kufur itu adalah suatu
kezaliman! Bahkan kezaliman yang paling besar dan paling jahat adalah kufur.
Yang demikian itu, kerana makna kezaliman ialah anda letakkan sesuatu pada bukan
tempatnya yang layak, dan anda gunakan dia secara paksa untuk sesuatu yang tidak
wajar mengikut fitrahnya. Andapun telah mengetahui bahawa segala sesuatu yang
ada di langit dan di bumi terikat kepada perintah Allah, difitrahkan dengan
fitrah Islam (penundukan diri — pent.). Sehingga pun manusia dan tubuh badannya
dan segala anggota tubuh yang melingkupinya tidaklah dilahirkan melainkan atas
fitrah ini. Ya, tiada syak lagi, bahawa sesungguhnya Allah pada satu pihak telah
memberi haq kepada manusia untuk menggunakan anggota-anggota tubuhnya. Tetapi
mengikut kehendak fitrahnya manusia tidak boleh menggunakannya melainkan sekadar
yang diredhai oleh penciptanya.
Adapun orang yang kafir
kepada Allah menggunakan anggota tubuhnya itu tanpa bersesuaian dengan
fitrahnya. Anda lihat ia memenuhi hatinya dengan kegelapan, membesarkan yang
lain daripada Allah, cinta dan gemar kepada yang lain daripada Allah, sedangkan
fitrah yang difitrahkan dalam kalbunya menuntutnya supaya memenuhinya dengan
cahaya membesarkan Allah, cinta dan gemar kepadaNya, Allah tempat bergantung,
yang esa sendiriNya. Dan dengan demikian ia menggunakan sëluruh anggota tubuhnya
dan segala yang ada di bawah kekuasaannya di alam ini untuk sesuatu yang
bertentangan dengan keredhaan Allah Ta’ala, manakala hukum tabi’i yang menguasai
anggota tubuhnya dan segala yang dipunyainya itu menghendaki agar ia tidak
mempergunakannya melainkan sesuai dengan apa yang ditentukan oleh undang-undang
Tuhan yang maha tinggi. Demi Allah, anda jawablah kepadaku: Siapakah yang lebih
zalim danipada orang yang menghendaki hidupnya untuk menzalimj segala yang ada
di dunia ini sekalipun dirinya sendiri?
Bukan, kufur itu bukan
hanya zalim. Tetapi lebih daripada itu, ia adalah juga suatu pemesongan, suatu
penentangan, pengingkaran dan kekejian yang dilakukan terhadap peraturan
Allah.
Atau, adakah anda lihat
manusia itu menjadi pemilik bagi sesuatu yang ada di hadapannya? Siapakah yang
men jadikan akal dan otaknya? Adakah dirinya sendiri atau Allah ‘Azza wa Jalla?
Dan siapakah yang menciptakan kalbu dan lisannya, dua mata dan dua telinganya,
dua kaki dan dua tangannya, dan seluruh anggota tubuhnya? Adakah dirinya sendiri
atau Allah Tabaraka Wa Ta’ala? Dan siapakah yang mempermolek ciptaan benda-benda
itu dan menjadikannya berguna bagi pemiliknya dan menetapkannya untuk
dipergunakan dan mengambil faedah daripadanya? Dia sendirikah atau Allah
s.w.t.?
Tidak dapat tiada
jawapan anda ke atas pertanyaan pertanyaan ini ialah, bahawa seluruhnya ini
adalah kepunyaan Allah sendiriNya. Ia yang menciptakannya dan Ia pula yang
memolekkan rupanya. Dia pemiliknya dan Dialah yang telah memberi ni’mat kepada
manusia dengan benda benda itu. Apabila inilah hakikat, dan memang demikianlãh
yang benar tanpa disangsikan, maka siapakah orang yang paling banyak
kezalimannya, yang paling derhaka dan yang paling menentang di antara
orang-orang yang menggunakan akalnya untuk berfikir mengenai sesuatu yang
berlawanan dengan keridhaan Allah Ta’ala dan memenuhi kalbunya dengan fikiran
yang boleh menimbulkan kemurkaanNya, dan dia memaksa lidahnya, dua matanya, dua
tangannya dan dua kakinya untuk beramal dengan perbuatan yang menafikan
hukum-hukum Allah dan titah perintahNya? Anda akan menghukum seorang hamba yang
hidup dengan rezki dan pada tuannya tetapi tiada dipeliharakannya hak-hak
tuannya itu sebagai manusia yang ingkar. Demilkian juga, anda akan menuduh
seorang pegawai yang menggunakan kuasa pentadbir yang ada padanya berlawanan
dengan maslahat kerajaan sebagai seorang yang menderhaka dan terkeluar daripada
pemerintahan. Dan anda akan mengatakan bahawa seseorang itu ingkar apabila ia
melengah-lengahkan hak tuannya untuk menenima sesuatu kebaikan.
Tetapi, apakah hakikat
kekafiran, kederhakaan dan pelalaian hak-hak manusia lain seumpamanya? Dan
manakah datang rezki manusia sehingga ia mesti berbuat baik dengan hartanya itu
kepada manusia lain? Adakah tidak, Allah Ta’ala sendiri yang memberinya
kekuatan, kekuasaan dan pemerintahan? Mengapakah manusia itu mesti memberi
ni’mat kepada manusia seperti dia dan berbuat baik kepadanya? Adakah tidak Allah
Ta’ala yang telah menetapkannya untuk semua itu? Sesungguhnya hak yang paling
besar pada manusia dalam dunia ini ialah kewajipan ke atas ibubapanya.
Siapakah yang telah
menanamkan rasa kasih mesra terhadap anak-anak di dalam hati ibubapanya? Atau,
siapakah yang telah menjadikan seorang ibu penyayang kepada anak yang
dikandungkannya secara bersusah payah dan dilahirkanya secara bersusah payah
pula? Atau, siapakah yang telan menanamkan di dalam hati ayah untuk dengan
suka-rela dan tenang memberi nafkah daripada usaha titik peluhnya kepada
segumpal daging yang hina, dan kemudian berusaha dengan menghabiskan banyak
waktu, harta dan kelemah lembutannya untuk mendidik dan mengajar anak
itu?
Demi Allah, katakanlah
kepadaku: Adakah lagi kekafiran yang lebih keji daripada kekafiran orang yang
tidak beriman kepada Allah dan enggan mengakui kellahian dan keRabbian Nya dan
membangkang ke atas titah perintahNya? Mungkinkah anda jumpai suatu kederhakaan
yang lebih dahsyat daripada kederhakaannya; dan pengkhianatan yang lebih hebat
daripada pengkhianatannya; dan keingkaran yang lebih tebal daripada
keingkarannya?
Janganlah anda menyangka
bahawa manusia boleh mendatangkan mudrat kepada Allah jika ia mengkafiriNya.
Bagaimana boleh jadi seperti itu, Allah Ta’ala mempunyai kerajaan yang besar
yang tidak diketahui jauh dan dekatnya meskipun manusia telah mencuba
bersungguh-sungguh secara terus menerus, dan untuk maksud itu mereka
mempergunakan alat peneropong yang besar. Bumi ini sujud kepada Allah s.w.t.
Demikian juga matahari, bintang Marikh dan planit-planit besar lainya, yang
semuanya itu adalah benda benda tak berharga. Anda lihat benda-benda ini seperti
bulatan-bulatan kecil yang hina di dalam kerajaanNya. Dan bagi Allah ‘Azza wa
Jalla perbendaharaan langit dan bumi tanpa saingan dan tanpa penentang. Ialah
tempat bergantung yang maha pemurah dan maha mulia yang kepadaNya semua
berhajat, sedangkan ia tidak berhajat kepada sesiapapun.
Bagaimanakah manusia
ini? Ia adalah makhluk yang lemah dan hina, yang tidak dapat
mendatangkan sesuatu
mudrat kepada Allah meski ia kafir kepadaNya. Sesungguhnya, jika ia beriman, itu
adalah untuk kepentingannya; dan jika ia kafir, kesannya akan tertimpa
kepadanya. Di antara natijah kufur dan kemaksiatan yang tidak boleh tidak, ialah
rakaman kemenyesalan dan kegagalan bagi manusia. Ia tidak akan mendapat petunjuk
kepada jalan ilmu yang lurus selamalamanya, kerana ilmu yang tidak mengenal
Tuhannya tidak mungkin mengenal yang lainnya dengan benar. Dengan demikian tidak
dapat tiada ia akan menjalankan akalnya melalui jalan-jalan yang tidak rata
dalam setiap keadaan hidupnya. Sesungguhnya akal yang tidak menunjuki untuk
mengenal penciptanya, bagaimana pula ia boleh mengenal yang lainnya secara
sihat? Demikianlah, tak dapat tiada ia akan menjadi orang yang tak tentu hala.
Ia menempuh kegagalan demi kegagalan dalam setiap pekerjaannya. Akan menjadi
biasalah akhlaqnya, kemajuannya, pergaulannya, kehidupannya, pemerintahannya dan
politiknya. Jadilah ia manusia perusak di muka bumi ini menumpahkan darah,
mempermain-mainkan hak manusia. Mereka akan berona dengan warna-warni kezaliman
dan kekasaran. Demikianlah, ia mendorongkan dirinya ke dalam kehidupan dengan
fikiran jahat dan perbuatan mungkar.
Ini dalam hidup dunia.
Adapun dalam kehidupan akhirat, di hadapan wajahnya terpampang segala
penyelewengan! — yang kecil atau yang besar — yang semuanya akan disaksikannya.
Di hadapan mahkamah Allah yang adil, kesnya akan dipertanggungwabkan kepadanya
oleh akal dan hatinya, oleh dua mata dan dua telinganya, oleh dua tangan dan dua
kakinya, dan oleh seluruh anggota tubuhnya:
“Ya Tuhan! Bahawa orang
yang zalim ini telah lari daripada Engkau dalam hidup dunia enggan mengingati
Engkau, dan dipaksanya kami berbuat ma’siat kepada Engkau”.
Di dalam mahkamah yang
adil ini tidak ada tawar menawar, tiada pujuk-rayu dan tiada
syafa’at. Bumi, yang di
atasnya ia berjalan dan di atas permukaannya ia tinggal, murka kepadanya kerana
mema’siati Allah Ta’ala. Demikian juga harta yang diperolehnya dengan jalan yang
haram dan dibelanjakannya kepada jalan yang haram pula, dan benda benda yang
dipergunakannya dengan cara penggunaan orang jahat yang mendatangkan perseteruan
dan berbuat zalim, dan alat-alat serta kekuatan yang digunakannya dalam
melakukan kezaliman dan perseteruan dengan cara paksa ke atas benda-benda itu,
semuanya murka kepadanya. Dan Allah s.w.t. — hukum siapakah yang lebih baik
daripada hukum Allah — telah mencatitkan bagi mereka yang melampaui batas ini
dan menimpakan ke atasnya azab yang hina lagi keji, balasan bagi kezaliman dan
kemaksiatannya.
No comments:
Post a Comment